Monday, July 21, 2014

PEJUANG TERBILANG JOHOR 1





Onn bin Dato'Jaafar mengasaskan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Beliau juga merupakan Yang Di Pertua UMNO yang pertama. Dato' Sir Onn dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Feb 1895. Ayahnya, Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Dua orang abangnya, Almarhum Dato Abdullah dan Almarhum Dato Mustapha juga adalah Menteri Besar Johor yang ke3 dan ke4. Semasa kecil beliau dipelihara oleh almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor) dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan di England.

Setelah tamat pengajian di England pada tahun 1930, Onn bekerja sebagai wartawan setahun kemudian menjadi pengarang akhbar Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) Dato Onn dilantik menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.


 
Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Semasa menjadi DO Batu Pahat inilah beliau menghalang orang Melayu Batu Pahat yang diketuai oleh Kiayai Salleh untuk menghapuskan China Batu Pahat yang rata-rata menyokong Bintang Tiga (Parti Komunis). Mereka (China BP) ni telah banyak 'menangkap dan menyembelih' orang-orang Melayu sesuka hati mereka.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946 bersama 41 buah persatuan Melayu, beliau menghadiri
Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk untuk menentang Malayan Union yang dilihat sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946 dan Dato Onn telah dilantik sebagai presiden pertama.



Pada 1 Okt 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor tetapi meletak jawatan 3 tahun kemudian untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu dan mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak istimewa Melayu. 


Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951, malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954 beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Beliau berjaya memenangi kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam PRU 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein dan antara anak beliau ialah Hussein Onn dan Lt Jen Jaafar Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 jan 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
AL FATIHAH. (1)


Sumber
1.http://coltoras1959.blogspot.com

No comments: