Friday, April 17, 2015

TUN M JUGA SERING MELAKUKAN KESILAPAN

Siapa kata Tun M tidak pernah melakukan kesilapan, Tun juga seperti manusia biasa yang tidak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan

antara kesilapan besar yang pernah dilakukan oleh Tun ialah
1)Menjadikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri
2)Melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya
3)Mengkritik Tun Abdullah yang kononya lemah dan keluar dari UMNO dan menyokong timbalannya ketika itu DSN
4)Mengkritik DSN kerana berbeza pendapat
5)Menarik sokongan kepada DSN

dari lima situasi diatas jelas Tun M, bukan seorang yang kasyaf dan beliau tidak dapat mencerminkan apa yang bakal berlaku dimasa hadapan. Oleh itu saya secara peribadi menyokong secara bersyarat DSN terus memerintah selagi mana ia belum dibuktikan bersalah. Kepada Tun M jelas kamu bukan seorang yang Maksum dan kasyaf, anda harus percara apa itu Qada dan Qadar Allah. Tetapi janganlah kita lupa segala jasa yang pernah disumbangkan oleh beliau menjadikan negara ini dikenali di serata dunia . Untuk kedua Pemimpin Melayu ini saya mendoakan anda sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Amin